Search This Blog

Wednesday 13 November 2019

Resepi Ikan Goreng dengan Sos ala Thai



Assalamualaikum

Terima kasih tuhan, atas nikmat pernafasan, nikmat anggota tubuh ini dan terima kasih yang tak terhingga atas nikmat islam.

Saat kelelahan berjalan di bumi, Kau wujudkan solat sebagai penanda untuk istirehat seketika daripada kelelahan dunia ini. Solatlah penghubung utama yang menjadi tiang agama kita. Kenapa dipanggil tiang agama? Kerana amal yang lainnya tidak mampu membantu kita kelak sekiranya kita mengabaikan tuntutan solat. Memetik peringatan yang pernah dibawakan oleh Allahyarham ustaz Abu Hassan Din yang berbunyi lebih kurang seperti ini,

" Kita, kalau nak buka akaun bank mesti kena ada nombor akaun hak milik kita kan? Samalah juga dengan akaun akhirat kita, jika nak buka akaun akhirat, kita kena ada 24434. Apakah maksud nombor itu? Itulah solat fardhu yang kita dwajibkan mengerjakannya, subuh (2 rakaat), zohor (4 rakaat), asar (4 rakaat), maghrib (3 rakaat), dan isya' (4 rakaat). "



Buatlah amal banyak mana pun, jika 24434 ini kita tak tunaikan, sia-sialah amal kita, tak ada tempat nak rekod.

Lagipun tak rugi jika kita ikut 24434 ni, sebab solatlah yang mampu memisahkan sekejap antara kita dengan lelah dunia. Semasa solatlah, kita telah beri peluang kepada minda kita daripada terus menerus memikirkan masalah dunia. Semasa solatlah, peluang untuk kita berinteraksi dengan tuhan, melepaskan keluh-kesah hanya pada yang Esa.

Subhanallah

Hebatkan Allah, Dia tahu kita sebagai manusia ni akan lalai dan leka, diwujudkan solat untuk kembalikan kita atas track supaya selari semula dengan tuntutan sebagai hambaNya.

************

Okey, untuk kalini saya nak share resepi Ikan Goreng dengan Sos ala Thai yang memang padu rasanya. Bahan-bahan dia pun ringkas je.

Bismillah, terimalah resepi hasil daripada eksperimen dari dapur saya.

Resepi Ikan Goreng dengan Sos ala Thai

Ikan goreng
3 ekor ikan tanda/ talapia (kembung pun boleh)
garam
serbuk kunyit/kunyit hidup (mesin)
2 sudu tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Pastikan ikan dikerlar ya.
2. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.
3. Salutkan ikan tadi dengan tepung.
4. Goreng sampai garing.

Sos ala Thai
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5-8 biji cili api (ikut tahap kepedasan yang korang suka)
gula 
sedikit air
sedikit daun ketumbar (dihiris halus)

Cara-cara
1. Tumbuk halus bawang putih,halia, dan cili api.
2. Campurkan air,gula, sos,daun ketumbar, dan bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Perahkan air asam limau nipis.
4. Panaskan menggunakan api yang perlahan.
5. Tunggu mendidih, dan siap untuk dicurahkan ke atas ikan tadi.

Selamat Mencuba.




No comments:

Post a Comment