Search This Blog

Saturday 13 January 2018

RESEPI RENDANG AYAM ABC


Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah dapat lagi bernafas harini, diberikan lagi kesempatan untuk hidup dan mohon ampun daripada Tuhan Pencipta alam. Semoga peluang untuk bernafas pada detik ini tidak lagi disia-siakan.

Semoga amalan dapat dipertingkatkan, dan segala dosa diampunkan.Amin.
Syukurlah, dapat juga merasa makan rendang ayam bersama pulut kuning hasil air tangan sendiri. Sebenarnya, terliur tengok pulut kuning yang dijual kak Zarina Zainuddin. Asyik duk lalu je kat wall instagram saya,hehehe mana tak kecur air liur. Nak order yang dia punya tak sampai lagi ke Kelantan ni. 

Sebenarnya, saya kagum tengok kecekalan kak Zarina sebab mampu menjaga dan mendidik dua orang anaknya yang autisme. Kalau saya yang berada pada tempatnya, tak tahulah terdaya ke tidak.
Sungguh besar perngorbanan seorang insan yang bergelar ibu kan, apatah lagi kalau ibu kepada anak autisme ni. Kesabaran dia tu memang kena tinggi betul. Kalau tak kena cara, alamak habislah. Memang kena pandai jaga perasaan dorang kan, tapi pada masa yang sama nak kena didik juga dorang untuk berdepan dengan dunia luar.

Dalam duk sibuk jaga anak tu, nak kena meniaga lagi, berlakon lagi. Memang hebat betul kak zarina. Memang patut dijadikan contoh untuk sesiapa yang mempunyai dugaan yang sama.

Okehh.. jum check out resepi rendang ayam saya ni. Thanks untuk kak azie kitchen atas resepinya. Boleh refer resepi asal di link ni ye http://www.aziekitchen.com/2015/09/rendang-ayam-mudah-dan-sedap

RESEPI RENDANG AYAM ABC
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (resepi asak :1 ekor)
1/2 kilo santan -(1kg santan-> guna 1 santan kotak)
2 sudu besar kerisik
3 helai daun kunyit - dihiris halus (2 helai daun kunyit)
5-6 helai daun limau purut (saya masukkan ke dalam resepi saya..hehe)
Minyak untuk menumis
Garam 
Gula/gula merah 
Asam keping

Bahan kisar:
8-10 tangkai cili kering ( resepi asal :20 tangkai cili kering)
1 labu bawang besar (resepi asal : 2 labu bawang besar)
5-6 ulas bawang merah (saya tambahkan kedalam resepi saya..hehe)4-5 ulas bawang putih (resepi asal : 6-8 ulas bawang putih)
1 inci kunyit hidup (2 inci kunyit hidup)
batang serai (4 batang serai)
2 inci halia (3 inci halia)
2 inci lengkuas (3 inci lengkuas)
2 biji buah keras (saya tak letak)

Cara-cara:
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. 
Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. 
Masukkan daun limau purut (tak dihiris).
Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.

 Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. 

Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.






SELEPAS 20-30 MINIT




Untuk versi saya, saya sengaja biarkan berkuah sedikit.
Rendang ayam ABC
Bila rendang dah siap, jum kita kukus pulut kuning pula ye.

RESEPI PULUT KUNING ABC

1/2 kilo beras pulut
1 sudu teh serbuk kunyit
setitik pewarna kuning
1 inci kunyit hidup-->dikisar dan ditapis airnya (recommended guna ni tau kalau tak de sangat baru guna serbuk kunyit dan pewarna tu tau)
1 1/2 cawan air (agak-agak beras pulut terendam)
200g santan
secubit garam
1 sudu besar gula

Basuh beras pulut bersih-bersih.
Rendam beras pulut bersama air + air tapisan kunyit hidup selama 30 jam bergantung atas beras pulut korang.
Tapiskan air beras pulut tadi.
Kukus didalam kukusan sehingga keluar wap (anggaran 15 minit gitu).
Angkat beras pulut tadi dan gaulkan dengan sedikit air (agak-agak beras pulut tu terlerai).
Sambung kukus balik sampai keluar wap kedua (anggaran 5-10 minit).
Angkat pulut dan gaulkan dengan santan yang dicamprkan dengan garam.
 Pastikan gaul rata tau supaya nanti dia masak sekata.
Sambung kukus balik sehingga keluar wap ketiga (anggaran 5-10 minit).
Angkat dan cepat-cepat gaulkan dengan gula.
Siap pulut kuning kita.
SELAMAT MENCUBA..!!!

Terima kasih sudi singgah.:)

No comments:

Post a Comment