Search This Blog

Saturday 13 January 2018

RESEPI RENDANG AYAM ABC


Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah dapat lagi bernafas harini, diberikan lagi kesempatan untuk hidup dan mohon ampun daripada Tuhan Pencipta alam. Semoga peluang untuk bernafas pada detik ini tidak lagi disia-siakan.

Semoga amalan dapat dipertingkatkan, dan segala dosa diampunkan.Amin.
Syukurlah, dapat juga merasa makan rendang ayam bersama pulut kuning hasil air tangan sendiri. Sebenarnya, terliur tengok pulut kuning yang dijual kak Zarina Zainuddin. Asyik duk lalu je kat wall instagram saya,hehehe mana tak kecur air liur. Nak order yang dia punya tak sampai lagi ke Kelantan ni. 

Sebenarnya, saya kagum tengok kecekalan kak Zarina sebab mampu menjaga dan mendidik dua orang anaknya yang autisme. Kalau saya yang berada pada tempatnya, tak tahulah terdaya ke tidak.
Sungguh besar perngorbanan seorang insan yang bergelar ibu kan, apatah lagi kalau ibu kepada anak autisme ni. Kesabaran dia tu memang kena tinggi betul. Kalau tak kena cara, alamak habislah. Memang kena pandai jaga perasaan dorang kan, tapi pada masa yang sama nak kena didik juga dorang untuk berdepan dengan dunia luar.

Dalam duk sibuk jaga anak tu, nak kena meniaga lagi, berlakon lagi. Memang hebat betul kak zarina. Memang patut dijadikan contoh untuk sesiapa yang mempunyai dugaan yang sama.

Okehh.. jum check out resepi rendang ayam saya ni. Thanks untuk kak azie kitchen atas resepinya. Boleh refer resepi asal di link ni ye http://www.aziekitchen.com/2015/09/rendang-ayam-mudah-dan-sedap

RESEPI RENDANG AYAM ABC
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (resepi asak :1 ekor)
1/2 kilo santan -(1kg santan-> guna 1 santan kotak)
2 sudu besar kerisik
3 helai daun kunyit - dihiris halus (2 helai daun kunyit)
5-6 helai daun limau purut (saya masukkan ke dalam resepi saya..hehe)
Minyak untuk menumis
Garam 
Gula/gula merah 
Asam keping

Bahan kisar:
8-10 tangkai cili kering ( resepi asal :20 tangkai cili kering)
1 labu bawang besar (resepi asal : 2 labu bawang besar)
5-6 ulas bawang merah (saya tambahkan kedalam resepi saya..hehe)4-5 ulas bawang putih (resepi asal : 6-8 ulas bawang putih)
1 inci kunyit hidup (2 inci kunyit hidup)
batang serai (4 batang serai)
2 inci halia (3 inci halia)
2 inci lengkuas (3 inci lengkuas)
2 biji buah keras (saya tak letak)

Cara-cara:
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. 
Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. 
Masukkan daun limau purut (tak dihiris).
Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.

 Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. 

Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.






SELEPAS 20-30 MINIT




Untuk versi saya, saya sengaja biarkan berkuah sedikit.
Rendang ayam ABC
Bila rendang dah siap, jum kita kukus pulut kuning pula ye.

RESEPI PULUT KUNING ABC

1/2 kilo beras pulut
1 sudu teh serbuk kunyit
setitik pewarna kuning
1 inci kunyit hidup-->dikisar dan ditapis airnya (recommended guna ni tau kalau tak de sangat baru guna serbuk kunyit dan pewarna tu tau)
1 1/2 cawan air (agak-agak beras pulut terendam)
200g santan
secubit garam
1 sudu besar gula

Basuh beras pulut bersih-bersih.
Rendam beras pulut bersama air + air tapisan kunyit hidup selama 30 jam bergantung atas beras pulut korang.
Tapiskan air beras pulut tadi.
Kukus didalam kukusan sehingga keluar wap (anggaran 15 minit gitu).
Angkat beras pulut tadi dan gaulkan dengan sedikit air (agak-agak beras pulut tu terlerai).
Sambung kukus balik sampai keluar wap kedua (anggaran 5-10 minit).
Angkat pulut dan gaulkan dengan santan yang dicamprkan dengan garam.
 Pastikan gaul rata tau supaya nanti dia masak sekata.
Sambung kukus balik sehingga keluar wap ketiga (anggaran 5-10 minit).
Angkat dan cepat-cepat gaulkan dengan gula.
Siap pulut kuning kita.
SELAMAT MENCUBA..!!!

Terima kasih sudi singgah.:)

RESEPI KEK MARBLE SIMPLE

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah harini dapat gembirakan hati anak-anak buah, even buat kek marble je pun dah dorang happy sangat asalkan dapat makan kek je.

Biasalah bila dorang happy, Cik Ma nye pun happy sama..:)

Permintaan kek daripada dorang ni sepatutnya semalam saya buatkan, tapi disebabkan Cik Ma ni tak de kerajinan yang amat semalam terpaksalah tunda buat harini..

Okeh...tak nak panjang sangat intro nye, let's check out apa resepi kek marble simple ni..

Yang pentingnya, saya buat kek ni bahan sebenarnye ada yang tak lengkap tapi saya olah guna ilmu ceduk sana, ceduk sini daripada Mr. Google..Alhamdulillah it turns out walllaaaa...

Dah dibelah dua (tinggi asal dia double saiz ni tau)
Terima kasih kepada kak Azlita Masam manis  atas perkongsian resepinya..Boleh rujuk resepi asal di sini ye https://norazlitaaziz.blogspot.my/2012/12/kek-mentega-marmar-susu

KEK MARBLE SIMPLE

250g marjerin (resepi asal mentega)
200g gula pasir (resepi asal gula kastor)
4 biji telur gred B
50g susu pekat
10g susu pekat + 90g air minum-->dibancuh (resepi asal 100g susu cair)
200g tepung gandum + 1 sudu teh baking powder-->diayak (resepi asal 290g tepung naik sendiri)
1 sudu teh coklat emulco (resepi asal 1 sudu besar)
1 sudu teh serbuk koko (resepi asal tak letak)
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam  (resepi asal tak letak)

Panaskan oven 160c selama lebih kurang 10-15minit.
Sediakan loyang berukuran 8 atau 9 inci
Sapukan marjerin pada dasar loyang dan dialaskan kertas baking yang kemudiannya disapukan marjerin juga.

Putarkan marjerin + gula secara kelajuan perlahan sehingga mula sebati.
Lajukan kepada kelajuan sederhana. 
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Putar sehingga adunan kelihatan bertukar warna kuning kepada kuning pucat.
Masukkan esen vanilla + susu pekat.
Putarkan pada kelajuan perlahan.
Masukkan tepung gandum + baking powder sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan bancuhan susu tadi. (Mulakan dengan memasukkan tepung dan diakhiri juga dengan tepung)
Putarkan sampai adunan kelihatan ringan.

Ambil 1/4 daripada adunan.
Letakkan dalam mangkuk yang berasingan.
Masukkan coklat emulco + serbuk koko.
Kacau sehingga sebati.

Tuangkan adunan berwarna krim menggunakan senduk sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan adunan coklat tadi ke dalam loyang.
Lorekkan corak menggunakan lidi ataupun belakang sudu saja.

Bakar selama 50-60 minit bergantung atas oven masing-masing. 
Turunkan suhu kepada 150C pada minit ke 30.

suka sangat tekstur dia sangat lembut


SELAMAT MENCUBA SEMUA...:)

Terima kasih sudi singgah di sini..

REZEKI ITU DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK

Assalamu'alaikum w.b.t

Semoga harini kita semua jadi manusia yang lebih positif. Positif terhadap diri sendiri, positif terhadap orang lain, dan positif terhadap kehidupan kita.

Memang tak dinafikan untuk positif terhadap semua perkara bukan mudah, tapi... paling tidak kita boleh belajar untuk mempositifkan diri kita. Bila kita dah positif insyaallah semua benda akan ada jalan penyelesaian yang Allah tunjukkan. Mungkin Allah tak tunjukkan semua, tapi paling tidak ia akan memberikan sedikit ketenangan untuk diri kita.


Saya pun sekarang masih belajar untuk positifkan diri saya. Sekarang banyak sangat kes 'depression', antara puncanya adalah terlampau memendam perasaan sorang-sorang mungkin antaranya adalah disebabkan suasana negatif yang berada disekelilingnya. Jadi, kita harus belajar untuk positifkan diri agar orang disekeliling kita turut terkesan dengan aura positif kita tu nanti.

Ok. Jadi positif yang saya sedang bicarakan adalah terkait rapat dengan apa yang sedang saya sendiri alami ketika ini, iaitu positif terhadap rezeki. Yakin dan percayalah rezeki setiap makhluk Allah atas muka bumi ini berbeza-beza. Mungkin pada insan lain, rezeki mereka sangatlah mudah untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan, tapi tidak pada diri kita.

Walhal, jika dipandang dari sudut lain, sememangnya kita teramatlah beruntung kerana Allah sentiasa mudahkan rezeki kita melalui perantaraan makhluknya yang lain misalnya ahli keluarga yang sentiasa menyokong kita, memberi kata-kata semangat dan senantiasa menyayangi kita apa adanya. Alhamdulillah atas rezeki itu.



Selain dari itu, kita juga mungkin diberikan rezeki untuk merasa nikmat kepuasan menjaga hati dan perasaan insan yang telah mendidik dan membesarkan kita sedari setitis air mani dalam rahimnya lagi. Mungkin saja, pada masa yang sama mereka yang direzekikan pekerjaan tidak mempunyai kesempatan sebagaimana kita, walhal mereka teramat ingin sekali melakukan hal yang sama seperti kita. 

Disebabkan itulah, harus kita sebagai makhluk Allah sedar bahawasanya rezeki yang diberikanNya untuk setiap makhluk datang melalui pelbagai cara dan bentuk.

Jadi, tugasan kita hanyalah sentiasa berusaha untuk menambah-baik amal kita untukNya sebagai tanda syukur kita atas segala nikmat kurniaanNya.

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL 

Seperti yang saya pernah ceritakan pada entry yang sebelum ini, memang jangka masa 2 tahun selepas tamatkan pengajian, saya masih belum berhasil mendapatkan pekerjaan yang tetap buat diri, tapi bila dikenang dan diingatkan kembali saya masih mampu 'survive' dengan cara saya sendiri masih juga mampu untuk berkongsi sedikit pendapatan saya dengan orang yang saya sayang. 

Nak katanya, hidup ini kita tak payahlah nak rungsingkan sangat. Berjalanlah sedaya yang kau mampu, berjalanlah meskipun kau terpaksa merangkak asalkan perjalanan hidupmu sentiasa melangkah ke depan. Pasti, suatu hari nanti bila kau pandang kembali masa lalu mu kau akan merasa puas dengan apa yang sedang kau kecapi sekarang.

Insyaallah, yang penting kita usahakan saja apa yang kita mampu, selebihnya biarlah Allah yang uruskan kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu.

Wallahu'alam.

Terima kasih kepada yang sudi singgah di blog saya. Semoga apa yang baik diambil sebagai pengajaran dan yang kurang baik ditinggalkan. :)