Search This Blog

Saturday 13 January 2018

REZEKI ITU DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK

Assalamu'alaikum w.b.t

Semoga harini kita semua jadi manusia yang lebih positif. Positif terhadap diri sendiri, positif terhadap orang lain, dan positif terhadap kehidupan kita.

Memang tak dinafikan untuk positif terhadap semua perkara bukan mudah, tapi... paling tidak kita boleh belajar untuk mempositifkan diri kita. Bila kita dah positif insyaallah semua benda akan ada jalan penyelesaian yang Allah tunjukkan. Mungkin Allah tak tunjukkan semua, tapi paling tidak ia akan memberikan sedikit ketenangan untuk diri kita.


Saya pun sekarang masih belajar untuk positifkan diri saya. Sekarang banyak sangat kes 'depression', antara puncanya adalah terlampau memendam perasaan sorang-sorang mungkin antaranya adalah disebabkan suasana negatif yang berada disekelilingnya. Jadi, kita harus belajar untuk positifkan diri agar orang disekeliling kita turut terkesan dengan aura positif kita tu nanti.

Ok. Jadi positif yang saya sedang bicarakan adalah terkait rapat dengan apa yang sedang saya sendiri alami ketika ini, iaitu positif terhadap rezeki. Yakin dan percayalah rezeki setiap makhluk Allah atas muka bumi ini berbeza-beza. Mungkin pada insan lain, rezeki mereka sangatlah mudah untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan, tapi tidak pada diri kita.

Walhal, jika dipandang dari sudut lain, sememangnya kita teramatlah beruntung kerana Allah sentiasa mudahkan rezeki kita melalui perantaraan makhluknya yang lain misalnya ahli keluarga yang sentiasa menyokong kita, memberi kata-kata semangat dan senantiasa menyayangi kita apa adanya. Alhamdulillah atas rezeki itu.



Selain dari itu, kita juga mungkin diberikan rezeki untuk merasa nikmat kepuasan menjaga hati dan perasaan insan yang telah mendidik dan membesarkan kita sedari setitis air mani dalam rahimnya lagi. Mungkin saja, pada masa yang sama mereka yang direzekikan pekerjaan tidak mempunyai kesempatan sebagaimana kita, walhal mereka teramat ingin sekali melakukan hal yang sama seperti kita. 

Disebabkan itulah, harus kita sebagai makhluk Allah sedar bahawasanya rezeki yang diberikanNya untuk setiap makhluk datang melalui pelbagai cara dan bentuk.

Jadi, tugasan kita hanyalah sentiasa berusaha untuk menambah-baik amal kita untukNya sebagai tanda syukur kita atas segala nikmat kurniaanNya.

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL 

Seperti yang saya pernah ceritakan pada entry yang sebelum ini, memang jangka masa 2 tahun selepas tamatkan pengajian, saya masih belum berhasil mendapatkan pekerjaan yang tetap buat diri, tapi bila dikenang dan diingatkan kembali saya masih mampu 'survive' dengan cara saya sendiri masih juga mampu untuk berkongsi sedikit pendapatan saya dengan orang yang saya sayang. 

Nak katanya, hidup ini kita tak payahlah nak rungsingkan sangat. Berjalanlah sedaya yang kau mampu, berjalanlah meskipun kau terpaksa merangkak asalkan perjalanan hidupmu sentiasa melangkah ke depan. Pasti, suatu hari nanti bila kau pandang kembali masa lalu mu kau akan merasa puas dengan apa yang sedang kau kecapi sekarang.

Insyaallah, yang penting kita usahakan saja apa yang kita mampu, selebihnya biarlah Allah yang uruskan kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu.

Wallahu'alam.

Terima kasih kepada yang sudi singgah di blog saya. Semoga apa yang baik diambil sebagai pengajaran dan yang kurang baik ditinggalkan. :)





No comments:

Post a Comment